muda

Muda adalah sebuah parti politik kini dalam proses pendaftaran di Malaysia yang bercita-cita melangsungkan identiti dan pendekatan baru (dibaca: MUDA) berpolitik.

Ringkasnya, MUDA akan meniup nafas segar lantas membawa perubahan baru kepada iklim politik negara.

MUDA untuk siapa?

MUDA akan menjadi sebuah parti politik yang inklusif untuk seluruh warganegara merentas agama, bangsa, warna kulit, gender dan umur.

MUDA akan mendakap dan menjunjung Perlembagaan dan Falsafah Rukun Negara.

MUDA adalah untuk mereka yang mencari wadah yang adil dan saksama untuk setiap ahlinya bersuara dan memberi sudut pandang terbaik dalam usaha membina negara.

MUDA adalah untuk mereka yang inginkan sebuah parti politik digital membumi pertama yang menggunapakai analitik data dan pentas digital untuk membentuk keputusan, berhubung dengan orang terbanyak dan berkempen.

MUDA akan mula membina semula negara.

September 2020

Mahu sertai MUDA?

MUDA adalah untuk semua pada bila-bila masa sahaja. MUDA akan bergerak sebagai sebuah badan bebas dan akan menganjurkan program dan kempen di seluruh negara bermula 17 September 2020.

Penyertaan sebagai ahli sah MUDA akan dibuka sebaik sahaja pendaftaran MUDA sebagai sebuah parti politik diperakui oleh ROS.

Sementara menunggu penyelesaian segala urusan rasmi, ayuh sertai MUDA sebagai penyokong!

#SapotMUDA dan Beli Baju MUDA

Hanya RM50 sahaja.

Kami mengumpul dana awam untuk memulakan gerak kerja parti. Parti politik secara tradisinya mengharapkan dana korporat, penderma yang bermurah hati, ataupun mana-mana putera raja.

Namun kami cuba menongkah arus. MUDA berjanji untuk mengamalkan ketelusan terhadap dana yang diterima. Setiap sen yang dikumpul akan terus masuk ke dalam kantung parti. Akaun tahunan akan diaudit dan dibentangkan kepada orang awam.