0

KHUTBAH MUDA ini diterbikan setiap hari Jumaat oleh Parti Muda


SIDANG REDAKSI
Ketua Editor
Mutalib Uthman

Editor Kandungan
Teo Lee Ken

Artis Reka Letak
Saufy Nizar

Penyumbang
AmirX Abd Hadi


Daftar sebagai #gengmuda di:
www.partimuda.my

Saat manusia itu dilahirkan,
saat itu dia mempunyai hak saksama

Tulisan AMIRX ABD HADI

10 Disember 1948, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR); sebuah dokumen yang menjamin kehidupan seseorang manusia, selepas perang panjang yang mengorbankan jutaan jiwa.

Walau sudah lebih 70 tahun, konsep hak asasi manusia ini masih terus menjadi perdebatan hangat di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Apa pun, penting untuk kita melihat semula konteks pengenalan konsep ini dari pelbagai sudut, termasuk sejarah.

Di mana hak asasi manusia itu bermula?
Ia dimulai dari sebuah tempat sederhana, dekat rumah kita. Tempat di mana lelaki, wanita, serta anakanak mendapat perlakuan sama, kesempatan sama, kehormatan sama, tanpa diskriminasi.

Dokumen UDHR ini diperkenalkan selepas Perang Dunia ke-2, satu tragedi yang telah mengorbankan jutaan manusia. Ini juga lanjutan dari penindasan yang terus berlaku sejak berzaman termasuk perhambaan orang kulit hitam di Amerika, perang yang tidak berhenti, perkauman di negara barat, penjajahan dan eksploitasi pekerja, serta banyak bentuk penindasan lain.

Dokumen ini tidak terikat dengan undangundang negara, namun majoriti negara dunia telah menandatangani dokumen ini sejak kali pertama ia diperkenalkan. Ada juga negara yang memasukkan sama ada keseluruhan, atau unsur-unsur UDHR kedalam perlembagaan dan undangundang mereka.

Terdapat 30 Perkara yang terkandung di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Perkara Pertama ini secara ringkasnya merumuskan semangat bagi keseluruhan dokumen.

Perkara 1.

Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan.

Setiap manusia diberikan akal fikiran, untuk membuat penilaian tentang kehidupan. Seseorang tidak akan percaya pada sesuatu jikapun diseksa dengan kekerasan. Kerana itu, sebarang pandangan yang kalaupun dianggap benar oleh seseorang, tidak boleh dipaksakan kepada orang lain.

Perkara 2.

Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua pembezaan, seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, ugama, faham politik atau lain-lain fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau sosial harta-benda, kelahiran atau apa-apa taraf lain. Seterusnya, tiada sebarang pembezaan boleh dibuat berasaskan pada taraf politik atau bidangkuasa ataupun antarabangsa sesebuah negara atau wilayah datangnya seseorang itu, sama ianya merdeka, beramanah, tanpa pemerintahan sendiri atau berada di bawah apa-apa sekatan kedaulatan lainnya.

Perkara 3.

Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri.

Perkara 4.

Tiada sesiapa pun boleh diperhamba atau diperabdikan; keabdian dan dagangan hamba abdi hendaklah dilarang dalam semua bentuknya.

Perkara 5.

Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan.

Setiap orang juga mestilah diberi peluang untuk menggunakan akal fikiran mereka, selagi mana ia tidak melibatkan keselamatan orang lain, atau sebarang tindakan jenayah, dan tidak sepatutnya dihukum kerana pandangan mereka.

Perkara 6.

Setiap orang adalah berhak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang insan di sisi undang-undang.

Perkara 7.

Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak tanpa apa-apa pembezaan kepada perlindungan yang samarata di sisi undang-undang. Semua orang adalah berhak kepada perlindungan yang samarata daripada sebarang pembazaan yang melanggar Perisytiharan ini dan daripada sebarang hasutan terhadap pembezaan sedemikian.

Perkara 8.

Setiap orang adalah berhak kepada pemulihan yang berkesan oleh tribunaltribunal kebangsaan yang kompeten terhadap tindakan-tindakan yang melanggar hak-hak asasi yang diberikannya oleh perlembagaan atau oleh undang-undang.

Perkara 9.

Tiada sesiapa pun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.

Wacana tentang hak asasi manusia ini sentiasa berkembang, mengikut peredaran zaman, juga kesedaran orang ramai yang sentiasa meningkat. Maka jangan terkejut kalau perbahasan tentang isu hak asasi manusia ini kadang berbeza, dan berada diluar norma biasa masyarakat.

Selamat Hari Hak Asasi Manusia untuk semua. Sama-sama kita pertahankan hak setiap manusia, tak kira warna kulit atau agama.

AmirX Abd Hadi merupakan penggerak Liga Rakyat Demokratik dan salah seorang pengasas Parti MUDA.

Ikuti kicauannya di Twitter, @amirxabdhadi dan tulisan penuh berapinya di FB, Amirx Abd Hadi